Monday 29 July 2013

Nota seorang Ibu

29 july 2013..

sambil2 relax2 after berbuka niat dihati nak tulis bajet raya konon nye..gj baru masuk Wajib la sediakan kira2 nnti huung bulan call banker mintak duit nak pinjam nasib baik ada banker tqlah sahabat..

lain yang nak buat lain yang ak jumpa selalu macm tukan dalam buku yang sama juga terselit luahan perasaan dan nasihat seorang ibu untuk anaknya..mugkin mak terbaca luahan hati ak dalam buku tu!huhu mak tulis


Page 1

adek nda kalau 
sayang emak simpan
lah duit kalau2 nak
 kenduri kita ta-ada
 duit nanti kita yang 
malu.

orang kata kita kerja tapi
 ta-ada (mak spell mcm ni) duit simpan nanti kita
 yang malu emak bukan 
nak ambil dekat emak nak
 simpan masa depan ja lah mana tahu
 esok atau lusa (maksud mak mana tau esok lusa nak kawen huhu selalu dah mak ckap macm ni bila duk sembg dgn kakak2 ak tu!)

Emak kalau boleh 
nak buat lebeh elok dari orang , 
itulah yang emak suruh dek nda 
simpan duit emak bukan dek nda
 tahu mana nak dapat 
duit banyak2 cuma orang 
duk bagi sahaja.

Page 2

nak beli lauk emak
 ada. lauk 6,000 kalau 
boleh mak nak buat banyak 
mak ta mahu orang kata
 kita ta ada ayah tak
buleh buat elok2
(alkisah kalau ak nak kawen la ni mak2 macam2 diarancang)

satu lagi
kalau dek nda
ta buleh duduk sama
ka che nuni
dek nda balik
bukan mak ta suka
tapi ta ada kerja di
perlis kerja kilang
sahaja

Page 3

kita ada azjah(ijazah)
tak kan nak kerja
kilang apa ada kerja
yang ada di-kampung

kalau orang buat 
pelek (xsuka) balek tapi, fikir
habis2 mak rasa kak
che nuni tu buat pelek
sikit-biar pi lah

mak sayang dekat
dek nda semua orang
sayang dekat dek 
nda.

Page 4

itulah saja
pesan mak.
sembahyang
kalau sayang 
mak.

Page 5

emak pun ta suka
dek nda duduk sama
orang tapi nak buat
macam mana nasib
kita papun kak che nuni
bersimpati dengan kita kalau
macam kak blablabla
apa nak jadi pada kita
kak tat boleh jaga dek nda
tapi kak tat tak boleh 
bagi macam kak che
maklomlah kerja kilang
pendapatan ta
seberapalah sangat
mak pun selalu 
tak tidor kerana dok
ingat kat dek nda

Page 6

selalulah menitis
ayak mata ingat
dekat dek nda
kak tat kata
kadang2 dia tak 
lena ingat dekat dek nda
dia selalulah cherita
dekat mak.

tiap2 kita susah
akan jumpa senang
kemudian hari
ingat pesan mak

Page 7

kita selalu berdoa
kepada Allah saja yang 
tahu hati benak
kita.

mana ada ibu yang
suka anaknya duduk
sama orang ta ada 
ibu yang suka anaknya
duduk sama orang
kalaulah buleh mak 
selalu nak duduk di
samping dek nda
selalu
manalah ada kak nak bagi
kereta pada kita
kalau dia tak suka
pada kita fikirlah habis2
ingat pesan mak

No comments :

Post a Comment